smkdpk.com
October 25, 2014, 02:44:13 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Selamat Datang ke forum SMK Datuk Patinggi Kedit. Sila klik di sini untuk portal utama www.smkdpk.com
 
   Home   Help Search Calendar Members Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Bidang Tugas Juruteknik Komputer  (Read 3842 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Cikgu Lim Hua Lip
Guru Penyelaras Bestari
Administrator
*
Offline Offline

Posts: 3512


SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong


WWW Email
« on: January 01, 2009, 06:15:19 PM »

Bagi Cikgu Lim, kewujudan jawatan Juruteknik Komputer pasti akan dapat membantu Guru Penyelaras Bestari untuk menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. Untuk rujukan semua, berikut merupakan bidang tugas seseorang Juruteknik Komputer:

BIDANG TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

1.
Membantu merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Sekolah Bestari seperti:
• Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) untuk pengurusan sekolah.
• Penggunaan Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching Learning Materials atau TLM atau Courseware) dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Akses Internet.

  1.1
  Melapor dan bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras Bestari.

  1.2
  Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian router, modem dan sebagainya.

  1.3
  Menyedia inventori bagi kemudahan infrastruktur teknologi yang dibekalkan.

  1.4
  Membantu menyenggara kemudahan infrastruktur teknologi yang dibekalkan.

  1.5
  Menjalankan penyenggaraan preventive bagi peralatan IT dan bukan IT.

  1.6
  Membantu mengurus akaun pengguna dan e-mel.

  1.7
  Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

  1.8
  Memastikan kebersihan dan keselesaan persekitaran bilik di mana kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.

  1.9
  Memastikan garis panduan/peratuan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi dipatuhi.

  1.10
  Membantu menyediakan keperluan infrastrutur teknologi untuk kegunaan guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya   
  dalam aktiviti Sekolah Bestari.

  1.11
  Mengenal pasti masalah yang timbul sama ada masalah berkaitan dengan perkakasan, Sistem Pengoperasian Rangkaian atau Perisian seperti Sistem
  Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran serta menyelesaikan masalah tersebut.

  1.12
  Membantu merancang dan menguruskan pembelian bahan habis guna (consumables).

  1.13
  Menjalankan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer yang rosak.

2.
Memastikan keselamatan Kemudahan Infrastruktur Teknologi dan Data.

  2.1
  Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi melalui langkah-langkah berikut:

    2.1.1
    Memastikan bilik pelayan hanya dimasuki oleh pihak diberi kuasa sahaja.

    2.1.2
    Memastikan alat hawadingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.

    2.1.3
    Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat yang telah dikenalpasti.

  2.2
  Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:

    2.2.1
    Memastikan komputer bebas dari virus.

    2.2.2
    Membantu membuat backup dan replikasi maklumat apabila diarahkan oleh Guru Penyelaras Bestari.

3.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.


Masa Bertugas
Untuk bahagian ini, sila download PDF yang disertakan dalam post ini.

Sekian, harap membantu.

There are 1 attachment(s) in this post which you cannot view or download
Bidang Tugas Juruteknik Komputer.pdf
Logged

Please don't PM/email me for support, unless I invite you...Just post ur question here...
~fEEL IT~
Cikgu Hairol Afandi Abdullah
ICT Supervisor
*
Offline Offline

Posts: 17


SMK Chini, Pahang

cbm8678@yahoo.com
Email
« Reply #1 on: April 06, 2009, 05:25:12 PM »

wahhh. . .
amat membantu. . .
tapi bila saya nak dpt pembantu nihhh
Logged
Cikgu Lim Hua Lip
Guru Penyelaras Bestari
Administrator
*
Offline Offline

Posts: 3512


SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong


WWW Email
« Reply #2 on: May 10, 2009, 03:18:29 PM »

Sekolah Cikgu Lim juga belum dapat juruteknik FT17. Walaubagaimanapun, Cikgu Lim rasa ianya masih proses pengagihan dan keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang mempunyai Bilik Akses.
Logged

Please don't PM/email me for support, unless I invite you...Just post ur question here...
~fEEL IT~
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!