Penghasilan Enzim Semulajadi Dengan Melalui Sisa Makanan...

(1/1)

Cikgu Lim Hua Lip:
Pengenalan
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

(Lanjutan mengenai kesan rumah hijau)

Jadi, sebagai manusia, apa yang boleh anda lakukan untuk menjaga bumi tersayang ini? Untuk perkara ini, Cikgu Lim ingin berkongsi dengan semua tentang cara penghasilan enzim semulajadi melalui sisa makanan seperti nasi, kulit buah-buahan, sisa sayur-sayuran. (Tidak termasuk makanan berminyak, kertas, tin, plastik dan seumpamanya).

Idea Penghasilan Enzim Semulajadi
Idea ini sebenarnya datang dari hutan semulajadi di persekitaran kita. Hutan boleh menjadi subur dan hijau adalah disebabkan oleh daun, buah yang gugur ke tanah, yang telah menjadi baja enzim semulajadi kepada hutan.

Jadi, dengan menggunakan konsep ini, kita juga dapat buat enzim sedemikian...enzim ini banyak kelebihannya, kita juga dapat memberi sumbangan dalam mengurangkan kesan rumah hijau yang semakin berleluasa sekarang.

________________________________________________________________________________________________________________

Berikut merupakan langkah- langkah penghasilan enzim semulajadi untuk kegunaan luaran sahaja.

Jurugambar:
Cikgu Lim Hua Lip dengan menggunakan handphone Nokia N95 isteri

Tempat dan pelakon:
1. Rumah Cikgu Lim Hua Lip
2. "Tangan" isteri Cikgu Lim Hua Lip

Bahan-bahan yang diperlukan: (Gambar 1)


(Gambar 1)

1. Bekas kosong
2. 300g sisa makanan seperti sisa sayur-sayuran, kulit buah-buahan, nasi dan lain-lain yang bersesuaian.
3. 100g gula hitam / kuning
4. 1 liter air paip

Langkah-langkah:


(Gambar 2)


(Gambar 3)

1. Masukkan gula hitam / kuning ke dalam bekas kosong dan diikuti dengan 1 liter air paip. (Gambar 2 & 3)


(Gambar 4)


(Gambar 5)

2. Kacau campuran tadi dengan mengikut arah jam. Kemudian, masukkan sisa makanan ke dalam bekas tersebut. (Gambar 4 & 5)


(Gambar 6)


(Gambar 7)

3. Pastikan sisa makanan terendam dalam campuran tadi. Akhir sekali, labelkan tarikh pembuatan enzim semulajadi ini pada bekas itu. (Gambar 6 & 7)

4. Proses penghasilan enzim semulajadi ini akan mengambil masa selama 3 bulan. Langkah berjaga-jaga berikut perlu diambil:
- Warna larutan seharusnya kuning coklat, kalau berwarna hitam, maka proses penghasilan enzim semulajadi ini adalah gagal.
- Ada bau seperti buah oren.
- Kalau nampak ada "telur" lalat dalam bekas, biarkan saja.

Kegunaan Enzim Semulajadi:
1. Selepas 3 bulan, keringkan sisa-sisa makanan untuk dijadikan baja.
2. 1cc enzim + 100cc air = baja berair
3. 1cc enzim + 1,000cc air = Pembunuh serangga
4. 1cc enzim + 200cc air = Penyembur udara (berbau wangi)
5. 1cc enzim + 500cc air = Untuk penyemburan bunga, pokok buah-buahan
6. 1cc enzim + 500cc air = Membasmi kuman / bakteria
7. 1 : 1 : 10 = enzim : cecair pencuci : air = Shampu rambut / mandian, detergen bajuļ¼Œpencuci mangkuk dan sebagainya.

Sumber Rujukan 1
Sumber Rujukan 2

Navigation

[0] Message Index