smkdpk.com
October 23, 2014, 06:05:15 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Sekiranya anda ingin berkongsi bahan dari forum SMKDPK dengan pihak luar, sila catatkan puncanya. Kalau tidak, kelayakan pengguna forum SMKDPK akan ditamatkan tanpa sebarang notis.
 
   Home   Help Search Calendar Members Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Pemantauan Dan Penilaian  (Read 5434 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
AbangZul
Master (250-499 posts)
****
Offline Offline

Posts: 304


Bekas Juruteknik Komputer


WWW
« on: May 11, 2009, 06:15:28 PM »

PEMANTAUAN DAN PENILIAN


GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN.

Pemantauan dan penilaian kursus/program Latihan Dalam Perkhidmatan membabitkan semua pihak termasuk BPG, Bahagian atau Jabatan, Negeri dan Sekolah.

A. Konsep Pemantauan



Pemantauan adalah satu tanggungjawab pengurusan yang dilakukan secara berterusan semasa pelaksanaan sesuatu kursus atau program Latihan Dalam Perkhidmatan. Bahagian pendidikan guru, Bahagian dan Jabatan Pendidikan, Negeri perlu melaksanakan dan pemantauan kursus/program.

1. Pemantauan adalah satu sistem untuk:

- Mendokmentasikan pelaksanaan semua aktiviti program yang telah dirancang.
- Memproses data mentah
- Mengukur sejauh mana kursus/program yang dirancang memenuhi keperluan peserta dan memenuhi perancangan
   yang dibuat.
- Menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pihak berkepentingan.

2. Pemantau membei perhatian kepada perjalanan sesuatu program yang sedang dilaksanakan, mengukur dan
   melapor tentang kemajuan program berkenaan.

3. Secara khusus pemantauan adalah untuk:

- Memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan

- Menyedarkan pihak yang berkenaan terhadap sebarang masalah dan kepeluan program semasa

- Mengambil tindakan segera/serta merta semasa kursus sedang berjalan secara sistematik bagi memperbaiki sebarang  kekurangan yang telah dikenal pasti.

B. Konsep Penilaian


1. Penilaian program Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan satu proses sistematik  mengumpul, menganalisis dan mentafsir data untuk membuat keputusan mengenai  keberkesanan Program. Penilaian program akan dilakukan, oleh Bahagian Pendidikan Guru selaku Urusetia LDP. Namun begitu, penilaian kursus akan dilaksanakan oleh  semua Pusat tanggungiawab iaitu BPG, Bahagian/JPN dan pihak sekolah.

2. Penilaian dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan manfaat program bagi menentukan sama ada program  diteruskan atau tidak. Selain itu, penilalan dilaksanakan untuk melihat kekuatan dan kelemahan proqram bagi tujuan perancangan masa depan.


3. secara khusus objektif penilaian adalah Untuk:

- Mengenal pasti kesesuaian program
- Mengenal pasti seiauhmana faktor mempengaruhi kesesuaian program
- Mengenal pasti keberkesanan program dan faktor mempengaruhi
- Megenalpasti kecekapan pelaksanaan program

C. Tempoh Pemantauan dan Penilaian Dijalankan


1. Pemantauan dijalankan sepanjang pelaksanaan kursus.
2. Penilaian pula dilaksanakan setelah kursus tamat atau hampir selesai dilaksanakan

D. Personel Pemantau dan Penilai


Pemantau program LDP sebaik-baiknya terdiri dari perancang dan pelaksana kursus LDP. Tugas utama pemantau adalah untuk mengumpul data dan maklumat yang boleh digunakan untuk membaiki program semasa pelaksanaan.

E. Langkah-langkah Pelaksanaan Pemantauan/penilalan


Pelaksanaan pemantauan/penilaian kursus dan program latihan dalam perkhidmatan membabitkan lanqkah-langkah seperti Rajah berikut:

F. Pelan pemantauan/penilaian

Dalam melaksanakan pemantauan/penilaian program LDP, satu pelan yang disediakan dengan baik boleh membantu melicinkan pelaksanaan pemantauan dan penilaian. Antara langkah-langkah penyediaan pelan penilaian adalah seperti berikut:

1. Menentukan obiektif/isu yang hendak dinilai membabitkan

- Hasil pembelajaran
- Kecekapan fasilitator
- pengurusan program
- Penyediaan bahan bantu
- Suasana pembelajaran

2. Menentukan maklumat yang diperlukan dalam penilaian
3. Mengenalpasti sumber-sumber maklumat
4. Membina instrumen pengumpulan eata yang sesuai.
5. Merangka pelan pengumpulan dan analisis data
6. Menyediakdn jadual bagi setiaP tugasan penilaian
7. Menentukan teknik menganalisis data
8. Meyediakan rangka laporan
9. Menyediakan laporan

G. Fokus Pemantauan dan Penilaian


Pemantaun dan penilaian yang dibuat adalah betujuan untuk mengesan perkara-perkara berikut:

1. Reaksi peserta terhadap isi kandungan, stail penyampaian, bahan dan kemudahan
2. Pembelajaran -pengetahuan yang dipelajari dan kemahiran yang dikuasai
3. Perubahan tingkah laku
4. Hasil - membabitkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran di tempat kerja dan implikasi kepada organisasi dan
   perubahan di tempat kerja.

H. Menentukan teknik pemantauan/penilaian


Antara teknik yang boleh digunakan bagi pegumpulan data adalah pemerhatian, soal selidik, temu bual, bertulis, analisis
dokumen, uiian pra dan ujian pasca, ujian pencapaian, dan sebagainya. instrumen boleh digunakan sebeluml pra kursus, semasa kursus, akhir kursus dan penilaian selepas kursus.

I. Pengumpulan data menggunakan instrumen seperti berikut:

- Soal Selidik
- Senarai Semak
- Temubual Berstruktur
- Pemerhatian Berstruktur
- Ujian
- Analisis Rekod Kehadiran
- Laporan Fasilitator

Melaksanakan pemantauan dan penilaian program perlu menggunakan teknik dan instmmen yang sesuai. Perlu juga diambil perhatian tentang maklumat berbentuk lisan dan perlakuan nOn verbal; mematuhi masa yang ditetapkan dan menentukan semua item atau soalan dijawab. Semua instrumen dikumpulkan mengikut responden.

J. Menganalisis Data


1. Setelah data dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai instrumen, data mentah tersebut diproses menjadi maklumat yang bermakna kepada pihak yang memerlukannya. Pihak pusat tanggungjawab akan membuat analisis data pemantauan dan penilaian bagi kursus atau program masing-masing.

2. Data mentah yang diperolehi perlu diproses bagi memberi gambaran sebenar untuk membantu dalam , membuat keputusan bagi program yang sedang berjalan atau telah dilaksanakan. Data yang diproses seharusnya diterjemahkan dalam bentuk yang mudah difahami angar peratusan, dan kekerapan untuk disampaikan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjutan.
 
K. Penyediaan Laporan

Laporan pemantauan/penilaian akan disediakan oleh pusat tanggungjawab dan dihantar ke BPG. Laporan tersebut membabitkan beberapa perkara sepeni berikut:

- Tajuk
- Tempoh/masa
- Kumpulan sasaran
- Kaedah
- Instrumen
- Dapatan
- Rumusan
- Cadangan
Logged

How did we get here?
I used to know you so well.
There is something I see in you,
It might kill me if I want it to be true.
Cikgu Lim Hua Lip
Guru Penyelaras Bestari
Administrator
*
Offline Offline

Posts: 3512


SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong


WWW Email
« Reply #1 on: May 22, 2009, 01:58:00 PM »

Sekian, harap membantu. 
Logged

Please don't PM/email me for support, unless I invite you...Just post ur question here...
~fEEL IT~
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!