smkdpk.com
September 07, 2010, 08:21:40 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Untuk melihat koleksi gambar aktiviti-aktiviti SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, sila klik di bawah untuk melihatnya http://www.smkdpk.com/album/
 
   Home   Help Search Calendar Members Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Selamat Tahun Baru 2010  (Read 151 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Cikgu Richard Boon
Kawan ICT SMKDPK
*
Offline Offline

Posts: 27


SK St. Augustine, Betong


« on: December 30, 2009, 11:46:25 AM »

Salam sejahtera, adik-adik di SMKDPKedit,

Selamat menyambut ketibaan Tahun Baru, tahun 2010. Izinkan saya kongsikan ungkapan yang berkaitan dengan kedatangan tahun baru di sini:

Quote from: G. K. Chesterton
The object of a New Year is NOT that we should have a new year. It IS that we should have a new soul.

Jika dihuraikan pendapat Chesterton itu, tujuan utama Tahun Baru bukanlah tahun itu baru beralih, tetapi seharusnya baru itu timbul dari dalam diri kita. Azam kita. Sikap serta sifat kita. Jika apa yang kita inginkan di tahun-tahun sebelumnya belum lagi tercapai, maka kita harus tingkatkan usaha di tahun yang akan datang. Jika pencapaian kita dalam Bahasa Inggeris adalah C ketika di Tingkatan 2, kita usahakan sedikit untuk mencapai B atau A di Tingkatan 3 nanti. Bak kata orang yang berhuma atau bersawah, jika 'segantang' benih akan menghasilkan 'sepikul' padi pada tahun-tahun yang lepas, tidakkah kita ingin menyemai 2 'gantang' benih tahun hadapan? Secara teori memang mudah dituturkan di sini, tetapi kita boleh percaya dan berharap bahawa usaha yang lebih akan mendatangkan pulangan hasil yang lebih juga.

Sama-samalah kita renung-renungkannya. Semoga maju jaya dalam semua lapangan di tahun 2010 nanti.

Salam hormat.
Logged

Richard Boon,
SK St.  Augustine, Betong
Cikgu Lim Hua Lip
Guru Penyelaras Bestari
Administrator
*
Offline Offline

Posts: 2733


SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong


WWW Email
« Reply #1 on: December 30, 2009, 01:42:29 PM »

Terima kasih atas kata semangat kepada pelajar di SMK DP Kedit, di sini Cikgu Lim juga ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua warga di SK St.Augustine.

Logged

Please don't PM/email me for support, unless I invite you...Just post ur question here...
~fEEL IT~
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!