Perbezaan tugas guru penyeleras ict dengan guru makmal komputer

(1/1)

Cikgu Mohamad Ihsan Bin Hussain:
Cikgu Lim..saya nak  minta cikgu tolong terangkan kepada saya tentang tugas penyelaras ict di sekolah secara ringkas..adakah sama dengan tugas guru penyelaras bestari..kemudian apa perbezaan tugas dengan guru makmal komputer, guru komputer..ok.tima kasih cikgu

Cikgu Lim Hua Lip:
Quote from: Cikgu Mohamad Ihsan Bin Hussain on January 23, 2010, 06:47:22 AM

Cikgu Lim..saya nak  minta cikgu tolong terangkan kepada saya tentang tugas penyelaras ict di sekolah secara ringkas..adakah sama dengan tugas guru penyelaras bestari..kemudian apa perbezaan tugas dengan guru makmal komputer, guru komputer..ok.tima kasih cikgu


Sebenarnya ramai juga guru yang mengendali tugasan berkaitan ICT keliru dengan istilah-istilah jawatan ICT yang digunakan di sekolah. Setahu Cikgu Lim, hanya gelaran Guru Penyelaras Bestari merupakan jawatan rasmi yang diiktirafkan oleh KPM. Jawatan ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM (KLIK). Tugas GPB pun sudah ditetapkan dalam surat lantikan mereka. Cikgu boleh rujuk 13 perkara utama tugasan GPB ini. (KLIK)

Jadi, bagaimana dengan gelaran-gelaran yang lain? Sebenarnya yang lain hanya ditetapkan oleh sekolah-sekolah sendiri. Sebagai contoh, Guru ICT di sekolah A mungkin tugasannya adalah sama dengan Guru Makmal Komputer di Sekolah B. Jadi, senarai tugas semua ini haruslah berpandukan dengan pengurusan sekolah.

Secara kasarnya, gelaran guru yang menjalankan tugasan ICT adalah seperti di bawah:

1. Guru Penyelaras Bestari = Lantikan rasmi yang mengendalikan tugasan ICT di sekolah.

2. Guru ICT = Guru yang mengajar mata pelajaran ICT di sekolah.

3. Guru ICTL = Guru yang mengajar program ICTL di sekolah.

4. Guru Penyelaras ICT = Guru yang menjalankan tugasan sama seperti Guru Penyelaras Bestari tapi mereka belum dilantik oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM (Biasanya sekolah ini tiada Bilik Akses)

5. Guru Penyelaras Makmal Komputer = Guru yang hanya dipertanggungjawab menguruskan perkara yang berkaitan dengan makmal komputer, tidak semestinya menjalankan tugas ICT di luar Makmal Komputer.

6. Guru Penyelaras Bilik Akses = Guru yang hanya dipertanggungjawab menguruskan perkara yang berkaitan dengan bilik akses, tiDan semestinya menjalankan tugas ICT di luar Bilik Akses.

Walaubagaimanapun, cikgu perlu ingat bahawa selain Guru Penyelaras Bestari yang merupakan jawatan di mana semua tugasan rasmi sudah ditetapkan dengan black & white (pekeliling), jawatan ICT yang lain di sekolah perlu sentiasa dirujuk dengan pengurusan sekolah. Senarai di atas hanya untuk rujukan cikgu sahaja.

Sekian, harap membantu.

Cikgu Mohamad Ihsan Bin Hussain:
Tima kasih cikgu Lim atas penjelasan tentang soalan saya tu..jadi kalau jawatan saya di sekolah sebagai guru penyelaras ict bermaksud saya perlu menjalankan tugas seperti Guru Penyelaras Bestari la cikgu..Di sekolah saya ada makmal komputer dan juga pusat akses..adakah saya bertanggungjawab terhadap makmak komputer dan juga peralatan ppsmi..adakah semua yang berkaitan dengan kelab komputer, ppsmi ada tugas dengan saya..di sekolah saya tidak diwujudkan jawatan guru makmal komputer..dalam masa yang sama memang makmal komputer sekolah saya tidak boleh digunakan sebab masalah bangunan tidak selamat.. jadi macam mana tu cikgu..tima kasih kerana membantu..

Cikgu Lim Hua Lip:
Quote from: Cikgu Mohamad Ihsan Bin Hussain on January 24, 2010, 06:15:47 AM

Tima kasih cikgu Lim atas penjelasan tentang soalan saya tu..jadi kalau jawatan saya di sekolah sebagai guru penyelaras ict bermaksud saya perlu menjalankan tugas seperti Guru Penyelaras Bestari la cikgu..Di sekolah saya ada makmal komputer dan juga pusat akses..adakah saya bertanggungjawab terhadap makmak komputer dan juga peralatan ppsmi..adakah semua yang berkaitan dengan kelab komputer, ppsmi ada tugas dengan saya..di sekolah saya tidak diwujudkan jawatan guru makmal komputer..dalam masa yang sama memang makmal komputer sekolah saya tidak boleh digunakan sebab masalah bangunan tidak selamat.. jadi macam mana tu cikgu..tima kasih kerana membantu..


Sama-sama cikgu. Satu perkara yang cikgu perlu jelas ialah jawatan Guru Penyelaras Bestari dan juruteknik komputer hanya akan diberi kepada sekolah yang mempunyai bilik akses saja. Sekiranya cikgu belum dilantik memegang GPB, mungkin sekolah cikgu masih dalam waiting list atau cikgu cuba menghubungi pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang terdekat. Kalau ikut tugas rasmi GPB, dia hanya mempunyai 6-8 waktu seminggu, jadi memanglah dia akan mengendalikan banyak perkara berkaitan dengan ICT dan dibantu oleh Juruteknik komputer sekolah.

Jadi, sekiranya sekolah cikgu belum ada juruteknik komputer dan bilangan waktu cikgu agak beban, cikgu haruslah berbincang dengan guru besar agar tugasan ICT dipecahkan kepada lebih detail seperti wujudkan Jawatankuasa ICT di mana cikgu menjadi guru penyelaras ICT, dibantu oleh guru penyelaras Makmal Komputer, guru penyelaras bilik akses, guru penyelaras peralatan PPSMI / MBMMBI sehinggalah sekolah cikgu diberi kuato jawatan GPB barulah Jawatankuasa ICT ini dirombak semula.

Sebenarnya di sekolah Cikgu Lim banyak dibantu oleh ahli Kelab Komputer terutamanya dalam pengurusan Makmal Komputer (KLIK), selain itu, Cikgu Lim juga mewujudkan program Anak Angkat ICT (KLIK) supaya kumpulan ini dapat membantu saya dalam membudayakan ICT di sekolah. Walaupun cikgu berada di sekolah rendah, cikgu Lim percaya kanak-kanak di sana juga dapat membantu sekiranya kita mempunyai rancangan / program ICT bersesuaian dengan suasana di sana. Saya sendiri juga merupakan guru penasihat kelab komputer di sekolah. Boleh juga cikgu rujuk bahagian jadual bertugas kelab komputer di sekolah saya. (KLIK)

Sekian.

Navigation

[0] Message Index