JPS(W)/DPK/(Perh)/153/09/04/02
Tarikh: 27 Januari 2010
Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga
SMK Datuk Patinggi Kedit
Tuan,
Pemberitahuan Sekolah Ganti SMK Datuk Patinggi Kedit 2010Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah akan mengadakan sekolah ganti untuk menggantikan hari-hari persekolahan sempena cuti Tahun Baru Cina 2010 dan juga sempena cuti Gawai Dayak 2010. Hari sekolah ganti telah ditetapkan seperti berikut:-
a. 18 Februari 2010 (Khamis) diganti pada 23 Januari 2010 (Sabtu)
b. 19 Februari 2010 (Jumaat) diganti pada 06 Februari 2010 (Sabtu)
c. 03 Jun 2010 (Khamis) diganti pada 27 Mac 2010 (Sabtu)
d. 04 Jun 2010 (Jumaat) diganti pada 10 April 2010 (Sabtu)
3. Dengan ini pihak sekolah mengharapkan para ibu bapa / penjaga boleh merancang dan mengatur aktiviti anak-anak tuan pada hujung minggu supaya anak-anak tuan tidak ponteng sekolah pada hari yang telah ditetapkan seperti di atas.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"Saya yang menurut perintah,
Dr. LAMBAT AK LINDONGPengetua,
SMK DP Kedit, Betong.