smkdpk.com
December 20, 2014, 03:59:48 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Untuk melihat koleksi gambar aktiviti-aktiviti SMK Datuk Patinggi Kedit, Betong, sila klik di bawah untuk melihatnya http://www.smkdpk.com/album/
 
   Home   Help Search Calendar Members Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Penyelarasan Maklumat Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) Tahun 2010  (Read 1405 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Fiona Laura Ak Edwin Duat
Assistant2
*
Offline Offline

Posts: 179


Pelatih Juruteknik Komputer


« on: March 04, 2010, 11:58:21 AM »

                                                                                                        Ruj. Kami : JPS(W)PPGBET(UPA)/153/06/07/10/Jld.2(06)
                                                                                                        Tarikh     : 25 Februari 2010

Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan,
Daerah Betong.


PENYELARASAN MAKLUMAT SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN (SAP) BAGI PEPERIKSAAN PRA PMR, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2.     Dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun murid Tingkatan 1 dan 2 dan keputusan Ujian Pra 1 & Pra 2 PMR serta Peperiksaan Pertengahan Tahun murid Tingkatan 3 perlu dianalisis menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) untuk dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Sarawak.

3.     Sehubungan itu, disertakan bersama-sama ini ialah maklumat penyelarasan SAP bagi ujian/peperiksaan tersebut untuk diseragamkan di peringkat sekolah masing-masing. Untuk makluman, kertas soalan bagi Peperiksaan Pra 1 dan Pra 2 PMR disediakan oleh JPN Sarawak manakala kertas soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1, 2 dan 3 dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 dan 2 disediakan pihak sekolah sendiri.

4.     Bersama-sama ini disertakan kertas makluman Penyelarasan Maklumat SAP dan Ujian Pra UPSR/PMR Jabatan Pelajaran Sarawak 2010 untuk rujukan pihak tuan. Jika terdapat pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Betong (u.p. En. Vevien Ak Mujah) di talian 472152/472557.

Sekian. Salam hormat.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MAHLI BIN ROSLI
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah, Betong.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!