Aplikasi ePerlu, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM

(1/1)

Cikgu Lim Hua Lip:
ePerlu adalah satu aplikasi bertujuan mendapatkan maklumat untuk mengetahui status kesediaan sekolah sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. Sekolah hendaklah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran sebenar status keperluan sekolah.

Data yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan disahkan oleh pentadbir sekolah serta disimpan bagi tujuan pemantauan oleh pihak Kementerian, JPN & PPD.

Pihak sekolah hendaklah menyediakan senarai dan data bagi setiap kekurangan supaya memudahkan pihak pemantau membuat penilaian terhadap sekolah.

Maklumat lanjutan : http://www.moe.gov.my/bs/eperlu/

Sekian, harap maklum.

Navigation

[0] Message Index